Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Perdana Inggeris harus dibatalkan – Kane

    LONDON, 30 MAC – Kapten England, Harry Kane semalam berkata musim Liga Perdana Inggeris (EPL) harus dibatalkan jika ia tidak dapat ditamatkan pada akhir bulan Jun nanti kerana pandemik COVID-19.

    EPL kini digantung sehingga sekurang-kurangnya 30 April kerana wabak COVID-19 dan berkemungkinan akan dilanjutkan pada pengumuman tidak lama lagi.

    Tidak ada kenyataan yang jelas tentang bila perlawanan bola sepak akan dapat disambung semula, tetapi Euro 2020 telah dibatalkan, membuka peluang kepada liga-liga di Eropah menamatkan musim mereka pada musim panas ini.

    Tetapi penyerang Tottenham, Kane tidak mahu ketua EPL membiarkan kempen melepasi bulan Jun atau permulaan musim 2020-21 pada bulan Ogos, seperti yang dicadangkan di beberapa tempat.

    “Saya tahu EPL akan melakukan segala-galanya untuk menamatkan musim ini dan mereka melihat setiap pilihan yang mungkin,” kata Kane dalam perbualan di Instagram dengan bekas bintang Liverpool, Jamie Redknapp.

    Reaksi Kane pada perlawanan yang lalu. Kane berkata musim EPL harus dibatalkan jika ia tidak dapat diselesaikan pada akhir bulan Jun nanti kerana pandemik COVID-19. – AFP

    “Saya fikir, bagi saya, kita perlu mencuba untuk menamatkan musim ini, tetapi perlu ada satu perkara yang mencukupi.

    “Bermain pada bulan Julai atau Ogos dan kembali pada musim depan saya tidak nampak banyak manfaatnya. Tetapi jelas saya tidak banyak mengetahui isu-isu di belakang tabir dan isu kewangan.

    “Mungkin, pada penghujung bulan Jun, jika musim tidak tamat menjelang akhir bulan Jun, kita perlu melihat pilihan lain dan hanya berharap musim depan.”

    Kejohanan EPL berpotensi dimaikan di stadium tertutup dalam usaha untuk melengkapkan kempen ini.

    Kane tidak berkata bahawa musim ini akan membantu sesiapa pun, terutamanya jika ia menangguhkannya.

    “Lagi jauh musim ini berakhir, ia akan memberi kesan buat musim depan, dengan Euro pada tahun 2021, dan juga Piala Dunia 2022.

    “Tetapi itulah pandangan saya,” katanya. Saya tahu masih perlu ada rancangan dan saya pasti semua orang cuba melakukannya.

    “Semua di luar kuasa saya, tidak ada apa-apa yang boleh saya lakukan secara peribadi, maka daripada pandangan saya, kita hanya perlu menunggu dan melihat apa yang berlaku.

    “Saya harap virus ini akan dihapuskan secepat mungkin dan kita boleh kembali bermain seperti biasa.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda