Liga Perdana Scotland pada 1 Ogos

GLASGOW, 10 JULAI – Kempen Liga Perdana Scotland musim depan akan bermula pada 1 Ogos setelah pihak berkuasa bola sepak mendapat persetujuan daripada kerajaan Scotland.

Persatuan Bola Sepak Scotland mengesahkan rancangan itu, yang juga membenarkan kepada kelab untuk mengatur perlawanan persahabatan.

Pertandingan tersebut akan berada di belakang pintu tertutup dan pemain akan menjalani ujian COVID-19 setiap minggu bermula dari 13 Julai ini.

Celtic akan memulakan kejohanan untuk merebut gelaran Liga Perdana Scotland yang ke-10 berturut-turut di Hamilton pada 2 Ogos.

Ketua eksekutif Liga Bola Sepak Profesional Scotland, Neil Doncaster berkata “Persetujuan hari ini adalah langkah penting untuk kelab-kelab Liga Perdana Scotland dan memberikan penjelasan yang diperlukan untuk persiapan musim baharu.

“Keupayaan kelab mengatur dan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan, ia akan menjadi kepulangan dan kegembiraan untuk bola sepak Scotland kembali 1 Ogos.” – AFP