Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liga Remaja B-16 buka tirai

    Oleh Hasrulraizan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Liga Remaja Bawah 16 Tahun (B-16) NFABD yang disokong oleh FIFA telah bermula pagi ini selepas dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Presiden NFABD merangkap Pengerusi Bersama Liga, Haji Madli bin Haji Md Yusof.

    Pada Majlis Pembukaan Rasmi di Kompleks Sukan Berakas berkenaan, perlawanan di antara juara bertahan, Tabuan ‘A’ dengan Projek Ikan Pusu (PIP) telah turut dijalankan sebagai perlawanan pembuka tirai liga peringkat umur bertaraf kebangsaan itu.

    Hadir sama ke Majlis Pembukaan Rasmi itu ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (ExCo) NFABD, Pemangku Setiausaha Agung NFABD merangkap Pengerusi Bersama Liga, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz, Pengarah Teknikal NFABD, Awang Mike Wong serta jemputan dan pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan, Sekolah Sukan dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

    Selain perlawanan pembukaan, satu lagi perlawanan turut berlangsung pagi ini iaitu di antara Hawa FT dengan Tabuan ‘B’ yang mengambil tempat di Padang Astro Turf NFABD.

    Acara memotong reben oleh Haji Madli bagi merasmikan Liga Remaja B-16 NFABD 2017.
    Acara memotong reben oleh Haji Madli bagi merasmikan Liga Remaja B-16 NFABD 2017.

    Sejumlah 11 buah pasukan terpilih untuk menyertai liga berprestij anjuran kali kedua NFABD itu, yang merupakan liga remaja di Asia pertama mendapat sokongan FIFA pada 2016 lalu. Setiap pasukan hanya dibarisi oleh pemain yang lahir pada 2001, 2002 dan 2003.

    Kesemua perlawanan liga berkenaan akan berlangsung di sebelah pagi Jumaat dan Ahad di empat tempat perlawanan iaitu Padang A dan B, Kompleks Sukan Menglait, Kompleks Sukan Sungai Kebun, Padang Kemasyarakatan Bengkurong dan Padang Astro Turf NFABD.

    Liga yang akan berjalan secara format liga dua pusingan itu menyediakan beberapa hadiah untuk direbuti iaitu Piala Rebutan, Piala Juara, Piala Naib Juara, pingat-pingat, Anugerah ‘Fair Play’, Anugerah Pemain Paling Bernilai dan Anugerah Penjaring Terbanyak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda