Liga Scotland sambung penggantungan

GLASGOW, 10 APRIL – Penggantungan musim bola sepak Scotland telah dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya 10 Jun disebabkan oleh pandemik koronavirus, umum pegawai kelmarin.

Liga bola sepak telah dihentikan pada 13 Mac kerana penularan COVID-19, dengan musim tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga 30 April.

Tetapi penggantungan lanjutan telah dipersetujui dan minggu ini akan menyaksikan kelab liga lebih rendah mengadakan undian sebelum tarikh akhir hari ini sama ada untuk menghentikan musim mereka untuk sekarang. Tarikh tbaharu itu membabitkan bola sepak profesional dan rekreasi.

“Mesejnya adalah jelas,” kata presiden Scotland FA Rod Petrie. “Sekatan kerajaan yang diperkenalkan untuk menyelamatkan nyawa mesti dipatuhi dan tidak timbulnya prospek untuk meneruskan latihan, apatah lagi menganjurkan bola sepak di Scotland untuk beberapa minggu.”

Harapan yang timbul adalah pasukan liga perdana Scotland di tangga teratas boleh diberi ‘peluang terbaik’ untuk mengakhiri musim, tetapi ia akan ditentukan oleh mata kemenangan untuk setiap perlawanan jika baki perlawanan tidak dapat diadakan.

Pemimpin Liga Perdana Scotland, Celtic, berusaha memenangi kejuaraan kesembilan berturut-turut, yang berada 13 mata di hadapan pasukan tempat kedua, Rangers dengan baki lapan perlawanan, meskipun pasukan pesaing mereka, Glasgow mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Namun tiada keputusan yang diambil mengenai Liga Perdana Scotland sehingga selepas mesyuarat lembaga eksekutif UEFA pada 23 April.

Keputusan badan pengurusan bola sepak Eropah kepada liga kebangsaan bahawa kegagalan untuk menamatkan musim ini mungkin membawa kepada penyingkiran dari kejohanan Eropah yang telah meninggalkan liga yang kurang kaya di benua, seperti Scotland, dalam keadaan terawang-awang.

Kontrak penyiaran pasa masa ini untuk Liga Perdana Scotland telah dilaporkan berjumlah kira-kira 21 juta pound setahun. – AFP