Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Liga Super Brunei buka tirai Februari ini

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Liga Super Brunei yang dinanti-nantikan bakal bermula Februari 2023, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan pengurusan bola sepak kebangsaan, hari ini.

    Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (FABD) turut mengumumkan bahawa tiga buah pasukan iaitu AKSE Bersatu dari Daerah Brunei dan Muara, Lun Bawang FC dari Daerah Temburong dan HR FT dari Daerah Belait, akan bersaing sesama mereka dalam pusingan playoff untuk merebut peluang mengisi slot dalam liga.

    Pusingan playoff akan diadakan dalam format liga satu pusingan, dengan pemenang yang menduduki tangga teratas akan menyertai 16 pasukan lain di liga utama.

    Sebelum ini, FABD menjangkakan empat buah pasukan dari setiap daerah akan bermain dalam pusingan playoff, walau bagaimanapun Daerah Tutong tidak dapat menghantar wakil.

    Pusingan playoff akan menyaksikan kepulangan Lun Bawang FC sejak beraksi di liga bola sepak Brunei pada 2002.

    Pasukan tersebut menarik diri daripada penyertaan liga utama Brunei pada 2018.

    Sementara itu, AKSE Bersatu yang ditubuhkan pada 2012 dan HR FT akan memulakan percubaan pertama untuk beraksi di Liga Super Brunei.

    Jadual liga dijangka akan berakhir pada November 2023 dengan format dua pusingan. Setiap pasukan akan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan di tempat sendiri dan satu perlawanan di gelanggang lawan.

    Edisi terakhir yang diadakan pada 2021, menyaksikan DPMM FC mengungguli tangga teratas.

    Walau bagaimanapun, liga terhenti disebabkan oleh pandemik COVID.

    Gambar fail aksi pemain DPMM FC semasa pertemuan menentang Kasuka FC di Liga Super Brunei. – Gambar serahan DPMM FC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...