Liga Super China bermula Julai ini

SHANGHAI, 20 APRIL – Penundaan musim Liga Super China (CSL) disebabkan koronavirus telah dijadualkan bermula pada lewat bulan Jun atau awal bulan Julai, menurut pengerusi kelab.

Penggantungan liga di seluruh dunia, termasuk Eropah, akan menyaksikan penuh perhatian sebagai petunjuk cabaran yang mereka hadapi dalam pelancaran semula kejohanan mereka. Kempen yang sepatutnya bermula pada 22 Februari tetapi ditunda disebabkan oleh pandemik, yang mula dikesan di China pada bulan Disember sebelum merebak ke seluruh dunia.

“Menurut penilaian situasi sekarang, musim baharu akan bermula pada penghujung bulan Jun atau permulaan bulan Julai,” kata pengerusi Gunagzhou R&F, Huang Shenghua, menurut laporan media.

Huang berkata bahawa musim itu akan berlangsung sepenuhnya dengan setiap pasukan akan bermain 30 perlawanan.

Media melaporkan tiada petunjuk pengumuman secara formal akan dibuat oleh Persatuan Bola sepak China.

China berkata mereka telah membendung koronavirus tetapi turut risau mengenai gelombang kedua jangkitan import. – AFP

Pasukan Guangzhou R&F ketika mengadakan sesi latihan bagi persediaan musim baharu pada penghujung bulan Jun atau permulaan bulan Julai. – AFP