Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Liga Super: Christoper Min wira Lun Bawang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Dua jaringan Christoper Min di akhir separuh masa kedua perlawanan antara Lun Bawang FC dan Jerudong FC memusnahkan harapan Jerudong FC untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Liga Super DST Brunei Darussalam 2017 di Kompleks Sukan Batu Apoi di Daerah Temburong hari ini.

Pasukan Lun Bawang mula menunjukkan taringnya seawal minit keempat apabila Amir Bujang membuka tirai jaringan bagi menjadikan kedudukan 1-0 bagi pihak tuan rumah sebelum sekali lagi menggegarkan gawang pelawat pada minit ke-16 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain Jerudong FC cuba bangkit dan berhasil menjaringkan gol pada minit terakhir separuh masa pertama melalui Hidayatur Rahim untuk merapatkan jurang dengan tuan rumah dengan kesudahan 2-1 ketika rehat separuh masa.

Barisan pemain Lun Bawang bergambar sebelum perlawanan menentang Jerudong FC. Lun Bawang menang 4-3.
Barisan pemain Lun Bawang bergambar sebelum perlawanan menentang Jerudong FC. Lun Bawang menang 4-3.

Christoher yang muncul wira pada mulanya membuat kesilapan pada minit ke-58 apabila tanpa disengajai termasukkan bola ke gawang sendiri bagi menjadikan kedudukan 2-2 dan sekali gus menaikkan semangat pemain Jerudong FC untuk menjaringkan satu lagi gol menerusi Mohd Arif Ali Rahman pada minit ke-63.

Meskipun dengan kesilapan yang telah dilakukannya, Christoper tidak menundukkan kepala dan akhirnya berjaya menyumbangkan dua gol untuk pasukannya dan sekali gus Lun Bawang menamatkan perlawanan dengan kedudukan 4-3.

Dengan kemenangan itu, Lun Bawang meraih tujuh mata, kedudukan keempat, lima mata di belakang pendahulu liga iaitu Pasukan Kota Rangers FC, manakala Pasukan Jerudong FC kekal di tangga ke-10 Liga Super.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -