Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    LightCON buka prapendaftaran global permainan ROS

    SEONGNAM, KOREA SELATAN, 17 JAN – Prapendaftaran global untuk Rise of Stars (ROS), satu permainan mudah alih baharu yang dibangun-kan oleh LightCON, yang merupakan sebuah anak syarikat WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), telah dibuka pada 13 Januari lalu.

    ROS ialah permainan blok rantai 4x pertama yang dikeluarkan pada platform WEMIX. Berlatarkan alam semesta yang luas, permainan ini menampilkan kapal perang dan planet yang direka bentuk dengan teliti.

    Pemain boleh menikmati pertempuran untuk menyerang lawan dan mencari planet yang mengandungi sumber yang kaya di galaksi selain merangka strategi untuk mengembangkan kuasa mereka melalui peperangan besar-besaran masa nyata.

    Khususnya, ROS akan menyediakan ‘Silthereum,’ satu token permainan baharu, dan ‘Pembawa Kapal Perang’ yang digunakan NFT.

    Silthereum diperoleh melalui pertukaran ‘Partikel Silther,’ yang merupakan sumber permainan, dan boleh dilombong melalui Pengangkut Kapal Perang sahaja.

    Memandangkan Partikel Silther juga boleh diperoleh melalui menjarah di kalangan pengguna, satu pertempuran sengit untuk mendapatkan sumber dijangka berlaku.

    Prapendaftaran global diterima di Google Play dan Apple App Store di semua wilayah global tidak termasuk Korea dan China dan sebagainya.

    Untuk meraikan pembukaan prapendaftaran global, beberapa acara dan prajualan ROS NFT akan dimulakan.

    Yang pertama ialah acara guguran udara. Antara mereka yang menyertai di dalam prapendaftaran dan mengesahkan penyertaan mereka dalam Twitter rasmi ROS, 100,000 pengguna akan dipilih secara undian untuk memenangi sejumlah satu juta token Silthereum.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...