Lihat meteor Lyrids dari rumah

KOTA KINABALU, 23 APRIL – Meskipun sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peminat astronomi Haris Jeffrey Harun, 47, dapat melihat juraian meteor Lyrids di angkasa dari kawasan kediamannya di Papar, pada Selasa lalu.

Beliau berkata hasil pemerhatiannya bermula dari pukul 11:30 malam hingga 3 pagi Selasa lalu,  sebanyak 10 meteor Lyrids muncul dari arah timur laut.

“Dalam tempoh PKP ini, saya hanya membuat pemerhatian meteor Lyrids di belakang kawasan rumah sahaja,” katanya kepada Bernama.

Haris berkata meteor tidak muncul dari satu arah sahaja tetapi pelbagai arah dan paling sesuai dicerap di kawasan gelap tanpa cahaya dan lebih baik jika ianya tanpa kehadiran cahaya bulan. – Bernama