Liho tea, helobn meterai perjanjian

Oleh Ak Zaki Kasharan

LiHo Tea menjadi satu lagi rakan aplikasi sehenti buatan orang Brunei, Helobn apabila satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai di Kompleks Annajat baru-baru ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh pengarah eksekutif Modasys Technology yang juga pengasas Helobn, Haji Mohammad Fawzi bin Haji Zainal Abidin dan Pengurus Besar LiHo Tea, Jeffrey Chia.