Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Lillard alami ketegangan otot

    LOS ANGELES, 28 OKT – Pemain pertahanan Portland Trail Blazers, Damian Lillard, bakal terlepas satu perlawanan NBA satu hingga dua minggu musim ini selepas mengalami ketegangan otot betis kanan, umum pasukannya kelmarin.

    Lillard mengalami kecederaan itu pada suku ketiga dalam perlawanan antara tuan rumah Portland dan Miami yang berkesudahan dengan kekalahan 119-98 tuan rumah itu.

    Pemenang enam kali All-Star di ranking kelapan dalam NBA itu dengan jaringan 31 mata dalam permainan, serta purata 4.8 rebound dan 4.6 assist membawa pasukan Trail Blazers dengan rekod 4-1 untuk berkongsi tempat pertama bersama Utah Jazz dalam saingan Western Conference.

    Lillard, 32, mendahului semua penjaring dengan 22 mata semasa dia keluar meninggalkan perlawanan menentang Heat.

    Pada musim lepas, Lillard terlepas 47 perlawanan disebabkan oleh kecederaan abdomen yang menyebabkan dia menjalani pembedahan pada bulan Januari dan terpaksa direhatkan dengan baki 27-55 kempen, yang merupakan musim pertama the Trail Blazers tanpa playoff sejak 2012-13 di mana Lillard memenangi anugerah Pemain Rookie NBA Terbaik.

    Pasukan Trail Blazers mempunyai baki tujuh perlawanan sepanjang dua minggu akan datang sebelum mengakhiri jelajah enam perlawanan di Dallas pada 12 November. – AFP

    Aksi Tyler Herro (kiri), bersaing dengan Damian Lillard semasa perlawanan bola keranjang antara Miami Heat dan Portland Trail Blazers di Portland, Oregon, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...