Lillard cipta sejarah untuk bantu blazers

ORLANDO, 12 OGOS – Damian Lillard menjaringkan 61 mata kelmarin ketika Portland Trail Blazers memburu tempat NBA playoff dengan kemenangan 134-131 ke atas Dallas Maverick.

Lillard – yang menjaringkan 51 mata dalam kemenangan ke atas Philadelphia 78ers pada Ahad – sekali lagi menerajui dari bahagian hadapan Portland, yang kini semakin hampir dari penghujung musim.

Pemain utama The Blazers menjaringkan tiga mata di penghujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan mata jaringan 130-130 dan kemudian membuat assist untuk meletakan Portland di hadapan 132-130 dengan perlawanan berbaki di bawah seminit.

Kemenangan berharga Portland telah meletakkan mereka di atas Memphis Grizzlies ke kedudukan ke-8 dan final playoff di Western Conference dengan kedudukan 34 kemenangan dan 39 tewas. Pasukan di tangga ke-8 dan ke-9 West Conference akan mara ke perlawanan penyingkiran pada hujung minggu untuk menentukan final tamat musim dari conference.

Pertembungan kelmarin telah membuka peluang untuk menuju pusingan final perlawanan pilihan esok, dengan Portland, Memphis, Phoenix Suns dan San Antonio Spurs masih mempunyai peluang untuk merebut tempat ke-8 dan ke-9.

Akan tetapi, Portland kekal berada di kedudukan hadapan. Kemenangan esok menentang Brooklyn Nets akan mengesahkan kedudukan mereka dalam perlawanan play-in.

Jaringan 61 mata Lillard merupakan pemain kedua dalam sejarah NBA untuk menjaringkan 60 mata atau lebih dalam tiga perlawanan dalam satu musim, meletakkannya bersama Wilt Chamberlain.

“Saya gembira diletakkan bersamanya, dan saya gembira bahawa dua dari tiga (60 mata perlawanan) mencatat kemenangan,” Lillard berkata.

“Malam ini sangat sesuai untuk perlawanan seperti itu. Ia adalah satu penghormatan untuk diletakkan bersama Wilt. Saya harap ia boleh diteruskan.” – AFP

Aksi Damian Lillard ketika membuat percubaan semasa menentang Dallas Maverick. – AP