Lille beli lebih dari satu skuad

LILLE, Perancis, 27 Julai – Lille terus berbelanja di bawah jurulatih baru Marcelo Bielsa apabila membeli Thiago Maia, menjadikan midfield dari Brazil itu sebagai anggota baru ke-12 skuad diikat kelab berkenaan setakat ini.

Kelab yang beraksi dalam Ligue 1 Perancis itu mengesahkan ketibaan Maia dari Santos manakala akhbar Perancis, La Voix du Nord melaporkan pemindahan berkenaan sebagai rekod termahal kelab dengan nilai 14 juta euro.

Pemain berusia 20 tahun itu pernah beraksi tiga kali ketika Brazil meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di laman sendiri bersama-sama pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos dan bintang Barcelona, Neymar yang turut dikaitkan dengan pemindahan ke ibu kota Perancis. – AFP