Lille juara Ligue 1, PSG putih mata

PARIS, 24 MEI – Lille merangkul gelaran Ligue 1 semalam selepas kemenangan 2-1 menentang Angers untuk memastikan mereka meraih trofi Liga Perancis kali pertama sejak 2011 selepas tamat perlawanan yang terakhir musim ini.

Jaringan awal dari Jonathan David dan penalti oleh Burak Yilmaz pada separuh masa pertama memastikan skuad kendalian Christophe Galtier mengungguli satu mata di depan pasukan tangga kedua, Paris Saint-Germain (PSG) yang menang 2-0 di Brest.

Angelo Fulgini kembali merapatkan jaringan pada masa tambahan, namun tuan rumah tidak mampu menyekat Lille yang bergelar juara buat kali keempat dalam sejarah mereka.

Perlawanan berlangsung secara tertutup kerana sekatan berikutan COVID-19 namun penyokong memenuhi jalan sekitar stadium Lille bagi meraikan kejayaan itu.

Penyokong menyalakan suar dan menyanyi di bandar selatan dekat Place Charles de Gaulle bagi meraikan kejayaan bersejarah menewaskan pasukan lawan mereka yang lebih kaya.

Pasukan Lille ketika meraikan kemenangan Ligue 1 Perancis selepas menewaskan Angers SCO di Stadium Raymond-Kopa di Angers, semalam. – AFP

“Ini menakjubkan. Ia hari yang panjang dan terlalu banyak tekanan. Untuk menewaskan PSG bagi gelaran liga ialah sesuatu yang menakjubkan,” kata Galtier kepada Canal+. “Pemain menakjubkan, pujian harus diberikan kepada pemain, mereka adalah wira.”

Kejayaan berkenaan dilakar selepas satu lagi kemenangan di tempat lawan buat Lille, yang mengakhiri musim tanpa kalah sejak November dan menamatkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut PSG dalam liga itu.

David dan Yilmaz menjaringkan gol penting di Angers, kerana kedua-duanya merupakan kunci untuk merebut gelaran, yang juga memberikan tekanan yang signifikan dari Monaco.

Pemain muda dari Kanada, David melakukan hantaran cantik kepada Renato Sanches untuk menanduk masuk jaringan ke-13 musim ini di liga pada minit ke-9, dengan segera menenangkan kegelisahan setelah seri minggu lalu dengan Saint-Etienne.

David berjaya menjaringkan penalti dan mengesahkan kejuaraan sebelum rehat, Paul Bernardon menjatuhkan pemain berusia 21 tahun itu dan memberikan Yilmaz menjaringkan gol ke-16 liga musim yang luar biasa bagi penyerang veteran Turki itu.- AFP