Lille kembali rampas kedudukan liga

PARIS, 21 DIS – Lille kembali merampas kedudukan teratas Ligue 1 kelmarin selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Paris Saint-Germain.

Lille merampas tempat pertama di liga utama Perancis dari Lyon dengan perbezaan gol selepas perlawanan yang menyaksikan banyak percubaan tepat tetapi gagal menghasilkan gol.

PSG ketinggalan satu mata untuk menduduki tempat ketiga selepas gagal mencipta sebarang peluang dari kawasan yang dikuasai mereka, kurang menyerlah di bahagian serangan tanpa Neymar dan Mauro Icardi, sementara Kylian Mbappe memulakan perlawanan dari bangku simpanan selepas dia dilaporkan bergelut dengan kecederaan bahagian paha.

Sementara itu, Marseille berada lima mata di belakang pendahulu selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Reims pada Sabtu, meskipun pasukan Andre Villas Boas mempunyai kelebihan dua perlawanan dengan pasukan pesaing kejuaraan. – AFP