Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Lim Wan Xin timba pengalaman

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Atlet Wusyu Brunei, Lim Wan Xin mendapat tempat ke-12 dalam Kumpulan B-Changquan (Perempuan) dalam Kejohanan Wusyu Remaja Dunia Kelapan di Indonesia, kelmarin.

Lim Wan Xin berjaya mengumpul markah sebanyak 8.603 dalam rutin wusyunya. Jurulatih wusyu kebangsaan berkata, “Saya sangat berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh Lim Wan Xin hari ini. Dia mempunyai bakat yang besar yang boleh dikembangkan lagi dan dia tidak menunjukkan banyak tekanan sewaktu bersaing. Dia mampu mendapat tempat ke-12 di peringkat dunia dan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.”

Kejohanan tersebut sepatutnya diadakan pada tahun 2020 namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Ini merupakan kali pertama Brunei bersaing di peringkat antarabangsa.

Kejohanan kali ini menarik lebih ramai peserta berbanding edisi lalu, yang melibatkan 700 orang atlet dari 63 buah negara. Dia berharap dengan menyertai kejohanan sebegini, atlet muda wusyu negara dapat menimba pengalaman berharga untuk lebih berkembang maju pada masa depan.

Jurulatih wusyu negara, Li Hui (tiga kanan) dan Zhao Chunjie (tiga kiri) bergambar bersama atlet wusyu Brunei di Kejohanan Wusyu Remaja Dunia Kelapan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -