Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lim Yee Sean rangkul pingat gangsa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Atlet wusyu negara, Lim Yee Sean telah memperoleh pingat gangsa dalam Kejohanan Wusyu Remaja Dunia Kelapan anjuran Persekutuan Wusyu Antarabangsa di Tangerang Banten, Indonesia.

    Lim Yee Sean menduduki tempat ketiga setelah memperoleh 906 markah, ketinggalan tiga markah di belakang pemenang pingat perak, Jolie Goh dari Republik Singapura.

    Sementara itu, Wai Meng Kuok dari Macau dengan perolehan 936 markah telah memenangi pingat emas.

    Kejohanan yang akan berlangsung sehingga 11 Disember itu turut menampilkan dua orang atlet lelaki iaitu Walid Lachkar dan Mohd Safiee Shayferan bin Roslan serta dua orang atlet perempuan iaitu, Lim Wan Xin dan Meagan Marie Keasberry.

    Lim Yee Sean (tengah) bergambar dengan pingat yang dimenanginya. – Gambar serahan Pasukan Wusyu Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...