PARIS – Muzium Eropah penuh dengan barangan yang dibawa dari Afrika semasa waktu penjajahan, namun kebanyakan objek yang ditempatkan di rak-rak mereka itu juga membawa sejarah yang kurang menyenangkan.
Berikut adalah lima contoh artifak bersejarah yang telah menyebabkan perselisihan pemilikan antara beberapa negara:
1-Arca gangsa Benin
Ianya begitu rumit di mana sebahagian warga Eropah tidak percaya bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang mungkin dikatakan sebagai ‘primitif’ warga Afrika, di mana beribu-ribu plak ini telah dirampas oleh tentera British dari kerajaan Benin pada tahun 1897.
British telah menyelongkar apa yang kini dikenali sebagai Bandar Raya Benin di Nigeria, membakar dan merosakkan karya-karya seninya sebagai satu tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan beramai-ramai tentera mereka.
Memaparkan suasana kehidupan di mahkamah, ‘gangsa’ yang wujud pada abad ke-16 dan 17 itu sebenarnya banyak diperbuat daripada tembaga.
Perdagangan yang pesat bertaburan di seluruh Eropah dan kini himpunan koleksi terbesarnya berada di Muzium British London dan Muzium Etnologi Berlin.
Muzium di Eropah dan juga AS telah membuat pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Nigeria sejak tahun 2007, namun masih belum mendapatkan sebarang penyelesaian.
Tahun lalu, muzium-muzium itu cuba mengaplikasikan idea bagi pinjaman kekal, tetapi “kebanyakan isu tersebut masih kekal, tidak kira sama ada pinjaman itu bersesuaian dengan pihak berkuasa Nigeria,” menurut Muzium British.
2-Harta karun diraja Abomey
Seperti British, tentera penjajah Perancis juga menjarah objek-objek dari tanah-tanah Afrika yang mana dianggap sebagai rampasan perang.
Mereka telah kembali dari menawan Abomey pada tahun 1892, ibu kota kerajaan Dahomey pada hari kemodenan Benin, dengan kekayaan takhta singgahsana, cogan alam kerajaan dan juga patung arca.
Kerajaan Benin mengatakan bahawa kira-kira 4,500-6,000 barangan diraja masih berada di Perancis, termasuklah koleksi peribadi. Manakala yang terbaik berada di Muzium Quai Branly di Paris.
Perancis pada tahun lalu enggan memulangkan artifak-artifak tersebut tetapi nampaknya akan meneliti semula isu itu selepas Presiden Emmanuel Macron berkata Eropah perlu mengembalikan warisan Afrika tersebut.
3- Marmar Elgin
Koleksi arca marmar kuno ini pernah berada di kuil Parthenon yang menghadap ke Athens, namun telah berada di Britain sejak tahun 1800. Ia telah menimbulkan kekecewaan buat kerajaan Greece.
Pegawai-pegawai British telah men-dakwa bahawa Lord Elgin telah mengeluarkan mereka dengan keizinan Greece dan kemudian pemerintah Ottoman. Oleh itu Muzium British telah melindungi mereka dari kemusnahan masa dan zaman.
Muzium tersebut menolak tawaran UNESCO untuk menjadi pengantara dalam pertikaian pada tahun 2015, dengan mengatakan bahawa patung-patung arca itu adalah harta yang tidak dapat dipisahkan dan dipamerkan ‘demi kebaikan masyarakat dunia’.
4-Patung Nefertiti
Dengan tulang pipinya yang tinggi dan leher panjangnya yang begitu elegan, patung ratu Mesir kuno yang terkenal itu menjadi ikon kecantikan feminin.
Diukir sekitar 1340 SM, ia ditemui oleh ahli arkeologi Jerman pada tahun 1912 dan kini dipamerkan di Muzium Neues Berlin.
Pihak berkuasa Mesir telah mencarinya selama beberapa dekad. Pegawai Jerman berpendapat bahawa ia diperolehi secara sah dan terlalu rapuh untuk diangkut.
5-Berlian Koh-i-Noor
Hasil daripada sejarah keruh bagi berlian gergasi ini, yang dipamerkan di Menara London bersama dengan permata mahkota British yang lain, telah dituntut sejak beberapa tahun oleh India, Pakistan, Iran dan Afghanistan.
Ia kemudian bertukar tangan antara anggota elit di sub-benua selama lebih daripada dua abad sebelum diserahkan kepada Ratu Victoria ketika Britain menguasai Punjab pada tahun 1849.
Walaupun ia merupakan salah satu berlian potongan terbesar di dunia, ia pada awalnya gagal menarik perhatian warga Inggeris, yang dipamerkan di London.
Suami Victoria, Putera Albert, memerintahkan agar ianya digilap semula.
Malah pengkritik yang membantahnya telah diambil secara paksa dan berusaha untuk menentukan negara mana yang akan memegang tuntutan terbaik. – AFP