Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Lima atlet terima tajaan Fitwellness

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Lima atlet daripada Program Atlet Elit telah menerima rangsangan penajaan daripada Fitwellness BN, berupa jam tangan pelbagai sukan dan sensor denyutan jantung yang diserahkan pada majlis di Pusat Belia, di ibu negara, kelmarin.

    Tajaan itu menyerlahkan sokongan Fitwellness BN ke arah peningkatan prestasi kepada atlet negara, sebagai satu cara untuk memantau aktiviti harian dan menjejaki parameter fisiologi mereka menggunakan teknologi pintar.

    Hadir menyaksikan majlis penyerahan tajaan tersebut ialah Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, ahli-ahli Persatuan Sukan Negara, pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, serta jurulatih dan atlet.

    Penerima yang terdiri daripada tiga orang atlet wusyu, Awang Mohammad Adi Salihin bin Roslan, Hosea Wong Zheng Yu, dan Basma Lachkar serta dua atlet pencak silat, Awang Mohd Ali Saifullah bin Haji Mohd Suhaimi dan Dayang Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan adalah sebahagian daripada kumpulan atlet elit dalam Program Atlet Elit.

    Atlet-atlet tersebut telah menunjukkan konsistensi yang baik dalam latihan dan peningkatan progresif, dan juga pemenang pingat dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) 2022.

    Sementara itu, dua lagi atlet, Awang Muhammad Nurirfan bin Muhammad A’arafah dan Awang Abdullah Abbas bin Abdullah, dari sukan olahraga lari jarak sederhana telah dipilih untuk melihat bagaimana teknologi pintar boleh memberikan manfaat dan membantu atlet bukan sahaja dalam latihan tetapi juga dalam kitaran pemulihan.

    Dayang Umi Kalthum bergambar bersama atlet yang menerima tajaan pada majlis yang diadakan di Pusat Belia, di ibu negara, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...