Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Lima atlet terpilih diberikan elaun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk melaksanakan pemberian elaun berjumlah $800 sebulan kepada atlet yang terpilih menerusi Program Pembiayaan Atlet (PPA) di bawah Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan.

    “Lima atlet iaitu tiga daripada sukan wusyu dan dua daripada sukan pencak silat menerima elaun ini mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023.”

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad semasa mengongsikan strategi kementeriannya dalam bidang kesukanan pada permesyuaratan peruntukan KKBS untuk Tahun Kewangan 2023/2024 di Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau menyatakan, kementeriannya menggerakkan dan melaksana strategi dan pelan tindakan bagi memantapkan sukan berprestasi tinggi ke arah membangun atlet elit yang boleh meraih pingat di peringkat serantau dan antarabangsa, mengukuhkan keinklusifan sukan untuk masyarakat ke arah negara yang sihat, sejahtera dan sepadu.

    KKBS juga meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan tadbir urus organisasi sukan menerusi peningkatan kapasiti para pemimpin persatuan sukan kebangsaan, pegawai teknikal sukan, kejurulatihan dan kepakaran dalam bidang sukan.

    Ia juga adalah bagi mengembang majukan sukan untuk memastikan ketersediaan infrastruktur bagi mengadakan acara sukan serantau dan antarabangsa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -