Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima belia terima geran biasiswa hadiri Forum LBD

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Lima orang belia yang terdiri daripada pengasas, pemilik dan pengurus dalam pelbagai bidang perniagaan di negara ini telah menerima geran biasiswa bagi menyertai Forum dan Bengkel LBD 2017 yang akan berlangsung pada penghujung September ini.

    Penerima geran Biasiswa French Energy Giant TOTAL E&P Borneo BV itu akan menghadiri forum dan bengkel yang akan mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara pada 27 dan 28 September 2017 anjuran Asia Inc dengan kerjasama Bank Baiduri dan rakan media, Borneo Bulletin dan MMW sebagai rakan kongsi kreatif.

    Sehubungan itu, majlis penyampaian anugerah biasiswa berkenaan telah diadakan hari ini di Pejabat Asia Inc Forum, Kiulap di mana anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TOTAL, Awang Muhd Rasimoon bin Haji Adinin.

    Awang Muhd Rasimoon menjelaskan, sebagai sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatannya, TOTAL komited dalam pembangunan perniagaan tempatan dengan menyediakan peluang untuk membantu perusahaan kecil Brunei untuk membolehkan mereka mengembangkan perniagaan dan membina masa depan yang lebih cerah dengan memberi sokongan kepada lima usahawan tempatan berkenaan dengan memberikan mereka biasiswa untuk mengikuti

    Forum dan Bengkel LBD 2017.

    Gambar ramai penerima geran Biasiswa TOTAL untuk Forum LDB 2017.

    “Kami juga percaya program ini akan memberi mereka nasihat perniagaan, pandangan unik dan teknik yang akan membantu meningkatkan peluang mereka untuk terus berjaya dan meningkatkan keberkesanan dalam perniagaan mereka,” jelasnya lagi.

    Forum tersebut akan menampilkan empat orang penceramah yang berpengetahuan luas dari luar negara di samping tokoh-tokoh Brunei.

    Sesi berkenaan direka bagi merangsang pemikiran kreatif ke arah prospek dan cabaran dalam perniagaan yang akan dilengkapi dengan pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan sebenar. Manakala itu, dalam bengkel yang akan diadakan pada 28 September itu pula, peserta akan berpeluang mengetahui mengenai Lean Startup Principles, yang mana kaedah ini terbukti bagi perniagaan dalam penjimatan masa, usaha dan kewangan bagi membangunkan penawaran yang lebih baik untuk pasaran mereka.

    Bengkel berkenaan akan dibimbing oleh veteran Lean Principles dari Asia Tenggara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda