Lima calon bersaing jadi PM Britain

LONDON, 19 JUN – Boris Johnson kekal dalam persaingan untuk menjadi perdana menteri Britain bersama lima lagi pencabarnya, selepas keputusan undi rahsia pusingan kedua diumumkan di Westminster semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Terdapat enam pencabar, seorang daripadanya telah tersingkir.

Bekas setiausaha asing itu mendapat 126 undian daripada 313 anggota Parlimen Konservatif dalam pusingan itu, lebih 12 undi berbanding pusingan pertama.

Turut mara ke pusingan seterusnya ialah Setiausaha Luar Negeri Jeremy Hunt (46 undi), Setiausaha Alam Sekitar Michael Gove (41 undi), Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Rory Stewart (37 undi) dan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Sajid Javid (33 undi).

Calon tersingkir ialah bekas Setiausaha Brexit Dominic Raab yang memperoleh 30 undi. – Bernama