Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Lima cedera tembakan kampus Baltimore

    WASHINGTON, 4 OKT – Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kampus universiti di timur bandar Baltimore, Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin, kata polis.

    Tembakan berlaku di Universiti Morgan State, kampus pendidikan kulit hitam yang bersejarah sekitar 9:25 malam, kata Pesuruhjaya Polis Baltimore, Richard Worley kepada wartawan.

    Lima orang berumur antara 18 dan 22 tahun cedera dalam kejadian itu, tetapi tiada seorang pun daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, katanya. Ketua polis universiti itu, Lance Hatcher berkata, empat daripada mereka yang cedera ialah pelajar di kolej itu.

    Kampus itu dikunci selama berjam-jam selepas amaran penembak aktif dikeluarkan pada awal petang, tetapi amaran itu kini telah ditarik balik, kata pegawai. Tiada tangkapan diumumkan berhubung tembakan itu. Pihak berkuasa menggesa ahli keluarga untuk menjauhi kawasan yang terjejas. Kelas yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan, kata pihak berkuasa.

    Morgan State mempunyai kira-kira 9,000 pelajar. Tembakan besar-besaran telah menjadi perkara biasa di seluruh AS, dengan akses mudah kepada senjata api di kebanyakan negeri dan lebih banyak senjata api di negara itu berbanding rakyat. – AFP

    Morgan Lance Hatcher bercakap pada sidang akhbar selepas kejadian tembakan di kampus kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...