Lima deret premis simpan barang lusuh terbakar

SEREMBAN, 1 JUN – Sebanyak lima deret rumah kedai dua tingkat yang menjadi lokasi penyimpanan barangan lusuh musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Bandar Seremban Selatan dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 1.39 tengah hari dan tiba di lokasi bersama 50 pegawai serta anggota bomba dari BBP Seremban 2, BBP Senawang dan Rantau.

“Setibanya di lokasi, kita dapati api sedang marak, kebakaran melibatkan lima premis rumah kedai yang dijadikan tempat penyimpanan barangan lusuh. – Bernama

Barangan lusuh dan terpakai antaranya bateri antara yang terbakar serta menghasilkan bunyi letupan seperti mercun dalam kejadian kebakaran di lima deret rumah kedai dua tingkat yang menjadi lokasi penyimpanan barangan lusuh di Bandar Seremban Selatan dekat sini petang tadi. – Bernama