Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lima ditahan laku kesalahan imigresen

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Lima orang warga asing, dua lelaki dan tiga perempuan, telah ditahan dalam Operasi Tumpas Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) yang menyasarkan beberapa buah rumah sewa di Mukim Sengkurong, awal pagi tadi.

    Menurut kenyataan JIPK, kesemua warga asing berkenaan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK untuk siasatan lanjut setelah didapati melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa, gagal menunjukkan sebarang pas imigresen yang sah dan kesalahan melindungi pesalah-pesalah imigresen.

    Kenyataan menekankan, JIPK akan sentiasa menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

    Mana-mana warga asing di negara ini yang melakukan kesalahan, mereka akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal malah nama-nama mereka akan disenarai hitamkan.

    Antara lain tujuan operasi berkenaan adalah untuk melaksanakan rondaan, operasi dan pemeriksaan berdasarkan maklumat dan kerjasama daripada orang ramai berpandukan kepada maklumat yang terkumpul, sama ada secara persendirian atau bersama agensi penguatkuasaan yang lain.

    Di samping itu, ia juga bagi menguatkuasakan Perintah Pencegahan Penyeludupan Orang 2019 dan Perintah Antipemerdagangan Orang 2019 dan apa juga kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan di Negara Brunei Darussalam.

    Pegawai penguat kuasa JIPK melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam Operasi Tumpas di Mukim Sengkurong, kelmarin. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...