Lima ditembak mati cuba seludup heroin

AMRITSAR, INDIA, 23 OGOS – Anggota keselamatan India menembak mati lima lelaki yang cuba menyeludup heroin memasuki sempadan itu dari Pakistan semalam, kata seorang jurucakap.

Kelima-lima mereka terbunuh dalam tembakan awal pagi selepas melepaskan tembakan pada tentera separa Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) berhampiran pagar sempadan di daerah Tarn Taran di negeri Punjab, menurut jurucakap BSF Krishna Rao.

Selaras senapang AK-47, empat pucuk pistol, lelopak peluru dan hampir 10 kilogram heroin telah ditemui, beritahu wakil kepada AFP.

Di pasaran barat, heroin itu mempunyai nilai pasar kira-kira AS$1.5 juta, menurut pakar.

Negeri Punjab ialah jalan transit utama untuk dadah yang memasuki India dari Afghanistan dan Pakistan.

India mempunyai pagar keselamatan yang ketat di sempadan sepanjang 3,350 kilometer dengan Pakistan. – AFP