Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Lima firma China keluar dari NYSE

    BEIJING, 12 OGOS – Lima syarikat utama China termasuk dua daripada pengeluar minyak terbesar negara akan dikeluarkan daripada senarai Bursa Saham New York (NYSE), kata firma dalam pemfailan hari ini.

    Sinopec dan PetroChina – dua firma tenaga terbesar dunia – akan memohon untuk ‘keluar secara sukarela’ daripada saham pemegang simpanan Amerika, kata syarikat dalam kenyataan berasingan.

    The Aluminium Corporation China, dikenali sebagai Chalco, serta China Life Insurance dan anak syarikat Sinopec, mengumumkan tindakan sama hari ini.

    Rancangan pembatalan diumumkan ketika ketegangan di antara Beijing dan Washington meningkat susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan minggu lalu.

    Kelima-lima syarikat berada dalam senarai firma yang disiarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran AS yang berdepan dikeluarkan daripada Wall Street sekiranya mereka tidak mematuhi syarat-syarat audit baharu.

    Kesemua lima syarikat berkata dalam kenyataan berasingan bahawa mereka dijangka menghentikan perniagaan di NYSE pada awal September.

    Syarat-syarat baharu berkenaan berkuat kuasa pada akhir tahun lalu, pada masa apabila pihak berkuasa China meluahkan keraguan mengenai penyenaraian syarikat berpangkalan di China di bursa saham Amerika Syarikat.

    Kelima-lima syarikat hari ini mengatakan kos tinggi untuk kekal dalam senarai AS serta bebanan untuk mematuhi laporan sebagai faktor di sebalik keputusan yang diambil. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -