Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lima kakitangan ABDB sertai pertandingan menghafaz Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Lima pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Pertandingan Antarabangsa Menghafaz Al-Quran bagi Tentera ke-9 yang berlangsung di Mekah Al-Mukarramah, Arab Saudi dari 6 hingga 18 November.

    Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, hari ini, rombongan berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

    Anggota ABDB yang terpilih dalam pertandingan itu ialah Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip bagi Kategori 30 Juzuk Al-Quran, Soldadu (U) Muhammad Akid Arif bin Haji Sujono bagi Kategori 20 Juzuk Al-Quran, Sarjan Izzat bin Hamdan bagi Kategori 10 Juzuk Al-Quran; Mejar Abdul Mujib bin Haji Japar bagi Kategori 5 Juzuk Al-Quran dan Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin bagi Kategori Tilawah Al-Quran.

    Pertandingan hafazan Al-Quran itu telah dimenangi oleh Arab Saudi bagi Kategori 30, 10 dan 5 Juzuk, bagi Kategori 20 Juzuk dimenangi oleh Kesultanan Oman, manakala kategori bacaan Al-Quran dimenangi oleh Kuwait.

    Pertandingan itu merupakan jemputan khas daripada kerajaan Arab Saudi dan merupakan salah satu platform dan inisiatif untuk mempamerkan kebolehan ABDB dalam memartabatkan kesucian Al-Quran serta memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.

    Secara tidak langsung, pertandingan itu dipercayai dapat mengangkat nama baik serta profil Negara Brunei Darussalam secara am dan ABDB khususnya di arena antarabangsa sekali gus mengukuhkan hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Arab Saudi.

    Komander Haji Ainolnizam bergambar ramai bersama kakitangan ABDB yang menyertai pertandingan tersebut. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...