Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Lima kapal bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine

-

ISTANBUL, 16 OGOS – Lima lagi kapal dengan muatan jagung dan gandum berlepas dari pelabuhan Ukraine pada Selasa di bawah perjanjian penting baru-baru ini yang ditandatangani di Istanbul, menurut Kementerian Pertahanan Negara Turkiye.

Dua buah kapal berlepas dari pelabuhan Yuzhny dan tiga lagi dari Chornomorsk, kira-kira 50 kilometer barat daya, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian.

Empat kapal lain yang dalam perjalanan ke Ukraine juga akan diperiksa oleh Pusat Penyelarasan Bersama di Istanbul hari ini.

Pada 22 Julai lepas, Turkiye, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Rusia, dan Ukraine menan- datangani perjanjian di Istanbul untuk membuka semula pelabuhan Laut Hitam Ukraine Yuzhny, Chornomorsk, dan Odesa untuk mengeksport bijirin Ukraine yang tergendala di pelabuhan itu akibat perang Rusia-Ukraine, kini memasuki bulan keenam.

Bagi memantau proses itu, Pusat Penyelarasan Bersama ditubuhkan secara rasmi pada 27 Julai, terdiri daripada wakil dari tiga negara dan PBB untuk membolehkan pengangkutan bahan makanan dan baja komersi yang selamat oleh kapal dagang.

Kapal pertama meninggalkan Ukraine pada 1 Ogos di bawah perjanjian yang diurus oleh Turkiye dan PBB. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -