Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lima kawasan catat cuaca panas tahap satu

    KUALA LUMPUR, 25 MEI – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini  mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak.

    Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu setakat 4.30 petang ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan, serta Raub dan Bentong di Pahang.

    Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Selangau.

    Tahap berjaga-jaga tersebut merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – Bernama

    Sekumpulan pelajar menutup kepala menggunakan buku berikutan cuaca panas terik. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...