Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima kebangkitan terkenal sukan

    BARCELONA, 9 Mac – Lima kebangkitan terkenal dalam sejarah sukan, selepas Barcelona menewaskan Paris Saint-Germain 6-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

    Keajaiban pertama – Houston

    Di Super Bowl 2017, New England Patriots telah menewaskan Atlanta Falcons 34-28 dalam masa tambahan selepas ketinggalan 28-3 pada satu peringkat dalam suku ketiga.

    Keajaiban kedua – Istanbul

    Liverpool telah memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005 menentang AC Milan meskipun ketinggalan 3-0 dalam separuh masa pertama. Mereka kemudian menjaringkan tiga gol dalam masa enam minit selepas rehat sebelum menjulang kejuaraan menerusi penentuan sepakan penalti.

    Keajaiban ketiga – Madinah

    Di Piala Ryder 2012, pasukan Eropah ketinggalan 10-4 memasuki perseorangan selepas mudah ditewaskan dalam dua hari pertama. Tetapi pasukan Jose Maria Olazabal bangkit untuk menang 14.5-13.5, terima kasih kepada ‘putt’ kemenangan Martin Kaymer di peringkat terakhir.

    Keajaiban keempat – Piala Amerika 2013

    Pasukan New Zealand mendahului 8-1 menentang Oracle Team USA sebelum menyerahkan pendahuluan mereka dan tewas 9-8 di San Francisco. Pasukan dari AS itu memenangi perlumbaan akhir dengan 44 saat.

    Keajaiban kelima – Perancis kejutkan All Blacks

    Dalam separuh akhir Piala Dunia Ragbi 1999, Perancis ketinggalan 24-10 menentang All Black tetapi Le Bleus kembali dengan kebangkitan hebat untuk menang 43-31, terima kasih kepada 28 mata keseluruhan daripada Christophe Lamaison. 26 mata dari Perancis tiba dalam tempoh 13 minit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda