Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Lima pelanggaran arahan telah dikesan semalam semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan para pesalah telah dikenakan denda kompaun.
“Tiga kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, satu kesalahan tidak memiliki aplikasi BruHealth dan satu lagi tidak menggunakan pelitup muka,” menurut kenyataan daripada Kementerian Kesihatan.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan menyatakan lima kesalahan berkenaan dicatat di Daerah Brunei dan Muara sahaja.