Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Lima pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi di mana para pesalah telah dikenakan denda kompaun.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, empat kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah dan satu kesalahan tidak memiliki BruHealth.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya menyatakan bahawa kesemua kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara.