Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima lagi pemenang dipilih sempena 100,000 pengikut Instagram

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Sempena meraikan 100,000 pengikut di Instagram, Digital World Enterprise telah mengadakan satu lagi acara cabutan bertuah untuk memilih lima lagi pemenang yang berlangsung secara dalam talian, kelmarin.

    Baru-baru ini, Digital World telah memberikan hadiah kepada pelanggan bertuah sempena kempen berkenaan dan membawa pulang iPhone 13.

    Dengan adanya sambutan daripada pelanggan tetapnya, Digital World telah memilih lima orang lagi pemenang yang dipilih sendiri oleh pelanggan yang datang berkunjung ke bilik pamerannya dan disaksikan oleh para media cetak tempatan.

    Para pemenang ialah syaza@dksf selaku pemenang utama yang memenangi iPhone 13, liza Haji Ismail @lizs_hj_ismail memenangi Samsung Z Flip 3, obsessbyeysha@obsessbyeysha memenangi Apple Air Pod Max, Dila Junaidi@dilaj memenangi pembersih hampagas Dyson Omni-Glide dan Pyjah ashburn@fyzahfakhrul membawa pulang Dyson Hair Dryer.

    Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung hari ini di Bilik Pameran Digital World dan disampaikan oleh wakil-wakil Digital World Enterprise.

    Kempen berkenaan adalah antara komitmen Digital World untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan memberikan produk yang berkualiti dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti secara berterusan.

    Sempena majlis itu juga, Digital World ingin memohon maaf atas kesilapan dan kekurangan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya, dan dengan itu, melancarkan satu program khas untuk pelanggannya iaitu Help Us to Help You.

    Program berkenaan bertujuan untuk memastikan masalah-masalah pelanggan akan dapat diselesaikan dan dapat memenuhi permintaan pelanggan jua.

    Antara pemenang yang telah dipilih bagi meraikan 100,000 pengikut Instagram Digital World.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda