Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Lima pemenang bagi cabutan bulanan ketiga kempen A Saving Habit that Rewards Bank Baiduri telah menerima hadiah mereka pada majlis yang berlangsung di Atrium The Mall.
Majlis menyaksikan Awang Mohammed Mustafa Ahmed, Lam Mei Choi, Voon Lin Zhe, Goh Kok An dan Lee See Ling masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $1,000.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Perkhidmatan Runcit dan Jualan, Bahagian Perbankan Runcit Bank Baiduri, Ngo Yik Pei.
Salah seorang pemenang, Lee See Lin dipetik menyatakan rasa syukur kerana berpeluang mengembangkan simpanan secara proaktif.
“Ini adalah peringatan bahawa saya boleh mencapai aspirasi peribadi saya melalui tabiat menabung,” ujar beliau.
Setiap bulan, lima pelanggan akan dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai
$1,000 setiap seorang dan cabutan utama akan berlangsung pada penghujung tempoh promosi di mana tiga pemenang teratas akan memenangi wang tunai masing-masing sebanyak $50,000, $20,000 dan $10,000.