Lima lelaki didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

KUALA TERENGGANU, 22 OKT – Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada September.

Bagaimanapun Ahmad Syah Herfudin Omar, 23; Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghardafi Abdullah, 20; dan dua lagi tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka

Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima mereka didakwa telah melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa pada 29 September lepas di dalam ladang sawit di Felda Kerteh 5, di Ketengah Jaya, Dungun, antara pukul 9 malam hingga 11 malam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika disabitkan kesalahan. – Bernama