PADANG, INDONESIA, 27 MEI – Lima ahli sebuah keluarga mati lemas ketika dok tempat mereka mengambil gambar runtuh, kata polis hari ini, beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa.
Keluarga seramai 14 orang itu berada di Tasik Kandi di Sumatera Barat apabila mereka berkumpul di atas struktur kayu untuk mengambil gambar ramai namun dengan beban berat mereka menyebabkan ia runtuh, kata polis.
Remaja berusia 17 tahun antara lima yang mati lemas sementara yang lain selamat dalam kemalangan yang berlaku semalam. Ketua polis tempatan, Junaidi Nur mengatakan kemalangan berlaku selepas waktu jam melawat ke kawasan itu sudah ditutup jadi tidak ada pihak keselamatan bertugas di tempat kejadian, manakala itu usaha menyelamat dan siasatan telah dijalankan. – AFP