Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Lima maut, 20 cedera akibat letupan bom

    PESHAWAR, 3 NOV — Bom yang diletakkan di dalam motosikal meletup berhampiran kenderaan polis di barat laut Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 20 yang lain hari ini, kata polis.

    Letupan berlaku di Dera Ismail Khan, sebuah bandar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa bersempadan dengan Afghanistan, menurut kenyataan pegawai polis, Gul Sher Khan.

    Motosikal itu diletakkan berhampiran perhentian bas dan bom itu diletupkan dari jauh apabila bas polis yang membawa pegawai dari bandar ke kawasan Takwara berhampiran melaluinya, kata Khan. Kesemua yang maut adalah penduduk tempatan dan letupan di perhentian itu mencederakan orang awam dan polis, katanya.

    Seorang pegawai penyelamat, Bilal Faizi berkata, yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan, di mana tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

    Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab, tetapi disyaki dilakukan oleh Taliban Pakistan, yang telah meningkatkan serangan terhadap pasukan keselamatan sejak 2022. Pihak berkuasa mengatakan bahawa pemberontak menjadi lebih berani secara terang-terangan di Afghanistan sejak Taliban mengambilalih negara itu pada 2021.

    Dera Ismail Khan terletak berdekatan dengan bekas kubu tentera di Waziristan Selatan, yang dahulu merupakan tempat perlindungan bagi pemberontak. Tentera Pakistan menjalankan operasi besar-besaran menentang pemberontak di sepanjang sempadan Afghanistan selepas sebuah sekolah yang ditabdir oleh tentera diserang oleh pemberontak, membunuh lebih dari 150 orang, kebanyakannya kanak-kanak sekolah, pada tahun 2014. – AP

    Pegawai keselamatan memeriksa tapak letupan bom di Dera Ismail Khan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...