JAKARTA, 21 FEB – Lima orang terkorban dalam kejadian banjir teruk yang menenggelamkan beberapa kawasan di ibu negara Indonesia semalam, kata pihak berkuasa hari ini, ketika penduduk mula membersihkan rumah dan barang milik mereka. Bandar itu dilanda hujan lebat pada hujung minggu yang membanjiri puluhan jalan utama dan memaksa ratusan orang berlindung di pusat kecemasan.