Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lima maut , bot pendatang berlanggar di Cuba

    HAVANA, 30 OKT – Sekurang-kurangnya lima rakyat Cuba, termasuk seorang remaja perempuan, maut kelmarin apabila bot laju yang membawa pendatang ke Florida bertembung dengan kapal Pengawal Sempadan dan terbalik, kata kementerian dalam negeri.

    Lapan belas orang telah diselamatkan dari perairan utara Bahia Honda, di barat Cuba, di mana perlanggaran itu berlaku, menurut kenyataan itu. Kematian termasuk seorang lelaki, tiga wanita dan seorang remaja perempuan, tambah kementerian itu, tanpa memberikan identiti mereka.

    Bot laju yang membawa pendatang itu telah tiba dari Amerika Syarikat dan ‘melanggar perairan wilayah Cuba dalam operasi pemerdagangan manusia’. Perlanggaran itu berlaku ketika kapal Pengawal Sempadan berusaha menyoal penumpang bot laju itu, menurut kenyataan yang disiar di televisyen Cuba. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...