Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Lima maut dalam kemalangan jalan raya di Sibu

    SIBU, 5 JUN – Lima orang termasuk seorang anak damit lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.

    Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 10:09 pagi itu dikenal pasti sebagai Marcos Marican, 26, Marican@Langkan Legi, 61, Alicesha Bathrish Langi, 24, dan anak damit, Allesandro Collin Steward.

    “Identiti seorang lagi mangsa yang maut, masih belum diperolehi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau Shukri Ab Rahim, ketika dihubungi hari ini.

    Shukri berkata lima lagi mangsa terselamat dalam kemalangan itu, yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Kia Sportage.

    “Dua daripada mereka yang terselamat, kedua-duanya lelaki mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Selangau untuk rawatan lanjut,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...