Lima maut gempa bumi di Filipina

MANILA, 17 OKT – Lima termasuk anak damit terbunuh dalam gempa bumi yang melanda selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa hari ini.

Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud itu menggegarkan wilayah Mindanao, malam kelmarin.

Pihak berkuasa hari ini mengesahkan lima orang terbunuh dan 53 cedera, kebanyakannya di bandar-bandar pertanian kluster kecil.

Tiga orang terbunuh dalam tanah runtuh, manakala seorang dihempap dinding sebuah rumah yang runtuh manakala seorang lagi mengalami serangan jantung yang membawa maut, kata pihak berkuasa kepada AFP.

Tiada kematian dilaporkan di bandar-bandar utama Mindanao. Manakala pihak berkuasa seismologi negara itu melaporkan 300 gegaran susulan yang lemah sejak gempa bumi besar itu, namun pihak berkuasa mengatakan mereka tidak menjangkakan angka kematian meningkat mendadak.

Filipina yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik kerap merekodkan aktiviti seismik. – AFP

Seorang saudara menangisi kematian Argel Abundo-Lakay dan anak lelakinya berusia sembilan bulan dalam gempa bumi yang melanda pulau selatan, Mindanao semalam. Anak damit adalah antara lima orang yang terbunuh dalam bencana itu. – AFP