Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Lima maut kenderaan rempuh perarakan

-

WASHINGTON, 22 NOV – Sebuah kenderaan merempuh perarakan Krismas, membunuh lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 yang lain di negeri Wisconsin Amerika Syarikat (AS), kata polis.

Kenderaan SUV merah merempuh sekatan pada acara percutian tahunan, dengan video menunjukkan kereta itu memecut melintas penonton pada kelajuan penuh di sepanjang laluan perbarisan pancaragam sekolah.

“Kami boleh mengesahkan bahawa lima orang terbunuh dan 40 lagi cedera. Bagaimanapun, jumlah berkenaan mungkin berubah tatkala kami mengumpul maklumat tambahan,” kata Jabatan Polis Waukesha dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka, menambah mereka ‘telah menahan seorang suspek.’

Sandra Peterson, jurucakap gereja Milwaukee, berkata dalam kenyataan ‘antara mereka yang cedera adalah salah seorang paderi Katolik serta beberapa kanak-kanak sekolah Katolik Waukesha.’

Seorang saksi, Angela O’Boyle, di mana pangsapurinya terletak di depan perarakan di pinggir bandar Milwaukee, memberitahu CNN: “Saya melihat kereta SUV memecut laju dan kemudian kami terdengar bunyi dentuman yang kuat, dan saya dengar suara jeritan daripada orang ramai yang dilanggar kenderaan itu.”

Ketua polis Waukesha Dan Thompson memberitahu wartawan 11 orang dewasa dan 12 kanak-kanak telah dibawa ke enam buah hospital di kawasan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 4:30 petang waktu tempatan ketika penonton menyaksikan tradisi tahunan di bandar itu. – AFP

Polis mengepung tempat kejadian di Waukesha, Wisconsin selepas sebuah kenderaan merempuh perarakan, membunuh lima orang dan mencedera 40 yang lain. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -