Lima maut nahas kapal terbang

TEGUCIGALPA, 19 Mei – Empat warga Kanada dan seorang juruterbang Amerika terbunuh semalam apabila kapal terbang kecil mereka terhempas ke laut di luar pulau Honduras Roatan ketika mereka sedang bercuti, kata anggota bomba.

Kapal terbang terhempas berhampiran bandar Dixon Cove, beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang pulau, kata anggota menyelamat.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Bradley Post, Bailey Sony, Tomy Dubler dan juruterbang Patrick Forseth. Juruterbang Kanada, Anthony Dubler, berjaya diselamatkan tetapi meninggal dunia di hospital Roatan akibat kecederaan.

Punca nahas dan maklumat pendaftaran pesawat udara masih tidak diketahui.

Ia berlaku tatkala pelancong sedang menuju pulang ke bandar Trujillo, kira-kira 77 kilometer dari Roatan. – AFP