Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lima maut, puluhan hilang kapal, feri berlanggar

    NARAYANGANJ, BANGLADESH, 20 MAC – Lima orang disahkan maut manakala puluhan lagi dipercayai hilang selepas kapal pengangkut merempuh ke sebuah feri kecil di sungai dekat bandar Bangladesh hari ini.

    Polis berkata hampir belasan orang berjaya berenang ke pesisir selepas kapal pengangkut kargo MV Ruposhi-9 melanggar MV Afsaruddin, tenggara Dhaka.

    Rakaman kapal karam disiarkan oleh media tempatan menunjukkan orang ramai berteriak ketika kapal kargo berlanggar dengan feri dan sebahagiannya terjun ke laluan air yang tercemar ketika bot itu tenggelam.

    “Kami telah menemui lima mayat termasuk seorang lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak,” kata ketua polis tempatan, Shah Jaman kepada AFP.

    Feri itu dipercayai membawa lebih 60 penumpang, 22 daripadanya berjaya berenang ke pesisir, kata inspektor polis, Aslam Mia.

    Pentadbiran Daerah, Monjurul Hafiz berkata anggota pengawal pantai dan penyelam turut membantu dalam usaha menyelamat itu.

    Sekumpulan orang ramai telah berkumpul di kedua-dua tebing sungai Shitalakshya untuk menyaksikan pencarian mangsa kemalangan itu.

    Kemalangan feri sering berlaku di Bangladesh, dengan pakar menyalahkan kekurangan penyelenggaraan, standard keselamatan lemah dan membawa penumpang berlebihan. – AFP

    Anggota bomba dan kakitangan pertahanan awam menjalankan operasi menyelamat selepas feri karam di sungai Shitalakshya di Narayanganj pada 20 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...