DI NEGARA-NEGARA membangun, muzium sering disalahtafsirkan sebagai sebuah tempat penyimpanan barang-barang lama. Lebih teruk apabila muzium dikaitkan sebagai tempat penyimpanan artifak-artifak berunsur berhala serta pemujaan zaman dahulu kala.
Dalam masyarakat moden ini, ianya perlu dan mustahak untuk muzium mentakrifkan semula misi, matlamat, fungsi, serta strategi mereka supaya tidak ketinggalan dek arus semasa. Namun di sebalik perubahan dan mengecapi arus semasa itu, terdapatnya juga muzium yang memaparkan barangan aneh dan pelik.
Berikut lima buah muzium pelik yang terdapat di dunia yang menyimpan koleksi barangan pelik yang tidak kita jangka dan mungkin tidak pernah tahu.
1. Muzium seni hodoh, Amerika Syarikat
Muzium Bad of Art (MOBA) ini khas bagi menghargai individu yang tidak memiliki bakat seni. Ia terletak di Boston dan menempatkan lebih dari 600 karya seni.


2. Muzium tandas, India
Koleksi sejarah tandas, dari zaman purba hingga moden disimpan di dalam Muzium Antarabangsa Tandas di New Delhi. Pelik kan?
3. Muzium Patah Hati, Croatia
Koleksi yang terdapat di dalam muzium ini merupakan sumbangan daripada individu yang patah hati. Barang kenangan saat manis bercinta disumbangkan oleh individu yang kecewa dari seluruh negara.
4. Muzium kematian, Thailand
Muzium yang kurang dikenali ini terletak di tebing sungai Chao Phraya di Bangkok. Koleksi barang-barang yang terdapat di dalam muzium ini boleh dikatakan agak mengerikan kerana ia menempatkan keratan tubuh serta organ manusia dan termasuklah mayat pembunuh.
5. Muzium Rambut Avanos, Kanada
Muzium ini terletak di dalam gua kecil di Kanada. Terdapat lebih dari 16,000 koleksi rambut wanita dari seluruh dunia. – Agensi