Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lima negara mulakan tanggungjawab majlis keselamatan PBB

    NEW YORK, 5 JAN – Albania, Brazil, Gabon, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin memulakan tanggungjawab mereka sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan, lapor Xinhua.

    Penggal dua tahun mereka secara rasmi bermula pada 1 Januari. Upacara menaikkan bendera telah diadakan bagi menandakan bermulanya tugas mereka.

    Duta Kazakhstan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Magzhan Ilyassov, yang mempengerusikan majlis itu, mengucapkan tahniah kepada lima ahli majlis baharu itu dan mendoakan kejayaan mereka dalam merealisasikan keutamaan mereka dalam penggal dua tahun itu.

    Upacara menaikkan bendera untuk anggota Majlis Keselamatan baharu dimulakan oleh Kazakhstan.

    “Kami percaya bahawa 2022 adalah tahun harapan untuk kita semua dan organisasi dunia kita,” kata Ilyassov.

    “Keamanan global, keselamatan dan pembangunan lestari seterusnya akan bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan, sistem PBB dan rakan kongsi rapat kami yang lain.”

    Duta Besar Norway ke PBB, Mona Juul, dalam kapasitinya sebagai presiden Majlis Keselamatan untuk Januari, mengalu-alukan anggota baharu itu.

    Wakil tetap lima ahli majlis baharu itu membuat ucapan ringkas sebelum mereka menaikkan bendera negara masing-masing di luar Dewan Keselamatan.

    Lima negara itu menggantikan Estonia, Niger, Saint Vincent dan Grenadines, Tunisia, dan Vietnam.

    Majlis Keselamatan 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap – Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta 10 ahli tidak tetap yang dipilih untuk penggal dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB. Lima ahli tidak tetap diganti setiap tahun.

    India, Ireland, Kenya, Mexico dan Norway berada di pertengahan tempoh dua tahun mereka sebagai ahli tidak tetap. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...