Lima nelayan Indonesia diculik Abu Sayyaf

JAKARTA, 21 JAN – Lima nelayan Indonesia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf selepas menyerbu sebuah kapal di timur Borneo, menurut para pegawai Jakarta hari ini, dalam siri terbaharu penculikan di kawasan itu.

Kementerian Luar Negeri Indonesia berkata ia sedang bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina untuk menyelamatkan mangsa, di samping menggesa nelayan lain untuk menjauhi kawasan tersebut.

Lapan anggota kru berada dalam kapal itu semasa ia diserbu oleh militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) – namun tiga daripada mereka dibebaskan.

Abu Sayyaf adalah sebuah kumpulan militan yang berpangkalan di selatan Filipina yang terlibat dalam pengeboman serta penculikan pelancong Barat dan terbabit dalam misi penculikan bermotif tebusan sejak awal 1990. – AFP