Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

Lima orang cedera ditembak di LA

LOS ANGELES, 5 MAC – Kira-kira lima orang cedera dalam kejadian tembakan di pantai Los Angeles semalam, berhampiran dari lokasi acara pembelian semula senjata api yang diadakan oleh polis dan seorang pegawai bandar, kata pihak berkuasa.

Lt. Sharon Brady dari Balai Polis Komuniti Harbour, Jabatan Polis Los Angeles berkata, pegawai bertindak balas terhadap laporan tembakan di Pantai Royal Palms di kawasan San Pedro pada 5:44 petang, lapor Los Angeles Times.

Anggota kecemasan membawa empat orang yang cedera akibat tembakan ke hospital tempatan. Lebih kurang jam 7 malam, polis mengesahkan bahawa mangsa kelima telah dibawa ke hospital oleh seorang rakan, kata Brady.

“Ada yang di dalam keadaan kritikal, ada yang stabil dan ada yang serius,” kata Brady.
Seorang suspek dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dengan sebuah kereta tetapi tiada tangkapan dibuat pada petang kelmarin.

Acara pembelian balik senjata api yang diadakan di Wilmington dihoskan oleh Penyelia Daerah Los Angeles Janice Hahn dengan kerjasama jabatan polis.

Sekurang-kurangnya 45 senjata api ditukar dengan kad hadiah pada acara itu, kata Hahn.
Hahn dan Ahli Majlis Bandaraya Los Angeles Tim McOsker mengeluarkan kenyataan bersama mengatakan mereka marah dan sedih dengan insiden tembakan itu. – AP

Polis menyekat laluan jalan raya sekitar tempat kejadian tembakan di pantai Los Angeles. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -