Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelajar terima cermin mata preskripsi

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 5 NOV – Kelab Lions Belait sekali lagi mengadakan lawatan ke Sekolah Chung Hwa Labi hari ini untuk menyampaikan cermin mata preskripsi lengkap kepada lima pelajar yang memerlukan cermin mata.

    Lawatan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada saringan dan ujian penglihatan yang dikendalikan oleh kelab itu sejak awal Oktober sempena Hari Penglihatan Sedunia.

    Mengetuai kelab semasa lawatan berkenaan ialah pengerusi penganjur dan bekas Presiden, Joseph Teo. Beliau diiringi oleh Naib Presiden Pertama, Johnny Cheong, Lion Robert Chew, dan rakan kelab itu, Victor Chin.

    Kelab berkenaan turut menambah lima pasang cermin mata preskripsi sumbangan VisionCare Kuala Belait yang telah diserahkan kepada pelajar tersebut.

    Para pelajar dan guru bergambar ramai dengan ahli kelab berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    Joseph Teo dan Johnny Cheong memastikan kesesuaian serta kemasan cermin mata preskripsi pada salah seorang pelajar. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda